Maahad Tahfiz Tarbiah Al-Muhajirin (MTTM) merupakan institusi pendidikan Islam yang diasaskan oleh komuniti Cham sejak tahun 1987 di Gunong, Bachok, Kelantan.
Dahulunya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam (PPI). Pada 1 Januari 2020, atas arahan JAKIM untuk penyeragaman nama sekolah tahfiz di seluruh negara, institusi ini dinamakan semula sebagai MTTM, di mana "Al-Muhajirin" membawa maksud orang-orang yang berhijrah.
Penubuhannya adalah hasil usaha generasi demi generasi dengan sokongan dermawan umat Islam.