MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL- MUHAJIRIN (MTTM) merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang didirikan oleh bangsa Cham dari hasil usaha ahli jawatankuasa dan bantuan dana umat Islam yang dermawan. Usaha mulia tersebut bersambung dari generasi ke generasi sehingga hari ini.
Dulu di kenali dengan nama PUSAT PENDIDIKAN ISLAM (PPI). Pada Tarikh 01 Januari 2020, atas arahan JAKIM untuk menyeragam kesemua nama sekolah tahfiz di seluruh Malaysia, nama dipilih adalah MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL-MUHAJIRIN (MTTM). Nama Al-Muhajirin bermaksud orang-orang berpindah / berhijrah.